Makluman
Image Banner

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2024, SELAMAT MAJU JAYA

ULU KUANG, 3 SEPTEMBER - Selamat maju jaya diucapkan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Maahad Imtiyaz yang sedang menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM.

Peperiksaan Percubaan SPM 2024 berlangsung selama 25 hari bermula semalam dan akan berakhir pada 26 September.

 

LAGI

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 67

IPOH, 30 OGOS - Kemuncak bulan kemerdekaan kali ke 67 disambut meriah di institusi pendidikan Akademi Ikatan Muslimin (AIM).

Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Maahad Imtiyaz (MIM) diadakan di Ulu Kuang, Chemor dengan penuh semangat cintakan negara. 

Sambutan dimulakan dengan bacaan surah Yaasin dan diikuti dengan tazkirah kemerdekaan.

Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) melakukan perarakan kemerdekaan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Azizi atau lebih dikenali dengan Padang Polo.

Para pelajar dan guru turut membuat edaran 200 Jalur Gemilang kepada para pengungjung yang berada di sekitar kawasan itu.

Para pelajar Tadika Imtiyaz pula menyambut Hari Kemerdekaan dengan memakai pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang.

 

LAGI

PELAJAR MIM WAKIL PERAK DALAM KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH AGAMA MALAYSIA (KESUMA) ACARA PING PONG

IPOH, 23 OGOS -  Anak soleh ILYASA' BIN MOHAMMAD FHARID telah mewakili Negeri Perak dalam Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) dalam acara ping pong.

Beliau telah menjuarai dalam kumpulan. Namun terkandas di pusingan suku akhir perlawanan diantara Perak VS Kelantan.

Pihak Maahad Imtiyaz mengucapkan jutaan tahniah kepada anak soleh Ilyasa' atas kegigihan usaha tanpa mengenal erti putus asa sehingga ke peringkat ini.

Jutaan tahniah juga kepada guru pembimbing USTAZ RAJA MUHAMMAD AZREY BIN RAJA KAMARUDDIN kerana telah memberikan bimbingan, latihan dan sokongan yang tidak bertepi.

LAGI

SUKAN TAHUNAN MAAHAD IMTIYAZ KALI KE-9 2024

ULU KUANG, 22 JULAI - Telah berakhir Sukan Tahunan Maahad Imtiyaz kali ke 9 yang berlangsung pada 16 hingga 20 Julai 2024.

Rumah merah telah berjaya menjuarai sukan pada kali ini.

Tempat kedua dirangkul oleh Rumah Biru. Manakala Rumah Hijau mendapata tempat ketiga dan Rumah Kuning ditempat keempat.

Tahniah kepada para guru dan pelajar yang telah menjayakan sukan tahunan ini.

LAGI

TERIMA KASIH PUAN NOR ZAFIRAH

IPOH, 7 JULAI- Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Zafirah Binti Roslan Mantan Guru Besar Sekolah Rendah Imtiyaz atas khidmat dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Muallimah, jasamu sentiasa dikenang

LAGI

TAHNIAH USTAZ HAIDAR DAN PUAN DAYANG KU AISHAH

IPOH, 1 JULAI- Tahniah diucapkan kepada Ustaz Haidar Bin Mahmud atas pelantikan sebagai Guru Besar Sekolah Rendah Imtiyaz yang baharu.

Tahniah diucapkan juga kepada Puan Dayang Ku Aishah Binti Hasim atas pelantikan sebagai Pengurus Sumber Manusia Akademi Ikatan Muslimin yang baharu.

LAGI

SIMULASI HAJI CILIK 2024 TADIKA IMTIYAZ

IPOH, 26 JUN -Β Program Simulasi Haji Cilik 2024 anjuran Persatuan tadika Islam Malaysia (PERTIM) Perak telah berlangsung di Masjid Saidina Umat Ibni Al-Khattab, Tambun pada 13 Jun 2024.

Program ini disertai oleh 17 buah tadika dan taska sekitar Perak.

Tadika Imtiyaz telah menghantar 23 orang pelajar menyertai program ini.

LAGI

PASUKAN BOLA SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ MARA KE PUSINGAN KEDUA MSSD KINTA UTARA 2024

IPOH, 25 JUN - Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) telah berjaya mara ke pusingan kedua dalam kejohanan Bola Sepak MSSD Kinta Utara 2024 yang akan berlangsung pada 26 Jun 2024.

Ini adalah sejarah yang bermakna buat SRIM sejak menyertai pertandingan ini pada 2017. Semangat para pelajar yang tidak mudah putus asa diiringi dengan ketekunan para muallim yang melatih mereka membuatkan pasukan bola sepak SRIM dipandang tinggi oleh pihak lawan.

Antara muallim yang terlibat melatih pelajar ialah Muallim  Amin, Muallim Usamah, Muallim Wahyu dan Muallim Adib.

Sesungguhnya setiap kejayaan yang dikecapi dikuatkan dengan pengharapan kepada Yang Maha Esa.

Pasukan bola sepak SRIM tetap menjalankan tanggungjawab untuk solat Zohor di dalam khemah di kawasan padang bola sepak semasa waktu rehat.

LAGI

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 ππˆππ† π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 πˆπŒπ“πˆπ˜π€π™ πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-10

IPOH, 22 JUN - Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Imtiyaz bagi tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Imtiyaz.  Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Najib,

Pengarah Eksekutif Akademi Ikatan Muslimin atas kesudian beliau hadir bagi menyempurnakan majlis dan merasmikan mesyuarat agung PIBG pada kali ini. Tahniah dan terima kasih buat barisan AJK PIBG, para pentadbir dan guru-guru yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG, ibu bapa dan penjaga atas pemberian sumbangan berbentuk makanan dan hadiah bagi cabutan bertuah.
LAGI

SRIM BERAKSI DI PERLAWANAN BOLA JARING MSSD B12 KINTA UTARA

IPOH, 11 Jun - Pasukan Bola Jaring Sekolah Rendah Imtiyaz kerana telah mendapat Tempat Ke - 4 di Peringkat Zon E (Daerah Kinta Utara) 2024 yang telah diadakan di SK Chepor, Chemor.

Terima Kasih juga tak terhingga diucapkan kepada barisan Jurulatih dan Pengurus Pasukan yang terdiri daripada Muallimah Jannah, Muallimah Azmilah dan Muallimah Hafizatul Afaf diatas usaha dan pengorbanan selama ini.

Terima kasih juga buat guru-guru yang terlibat dibelakang tabir. Juga tak dilupakan buat ibu bapa yang sentiasa menyokong penuh usaha anak anak sepanjang latihan dan perlawanan yang berlangsung.

Β 
LAGI

JEELUL IMTIYAZ NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID DAERAH IPOH

IPOH, 8 JUN - Jeelul Imtiyaz telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan acara Nasyid Pertandingan Ihtifal KAFA Daerah Ipoh yang diadakan di Sekolah Rendah Al Ummah. 

Jeelul Imtiyaz tewas tipis dengan perbezaan 3 mata sahaja. Seorang lagi wakil peserta banat Sekolah Rendah Imtiyaz pula berjaya mendapat tempat keeempat dalam acara Bercerita Perempuan.

Tahniah kepada para guru dan ibu bapa yang  terlibat.

LAGI

WAKIL PELAJAR MIM NAIB JOHAN PERTANDINGAN PING PONG

Wakil pelajar Maahad Imtiyaz telah berjaya merangkul Naib Johan dalam Kanival Sukan Sekolah Agama Negeri dan Agama Rakyat  Negeri Perak. Tahniah

LAGI

DUA PELAJAR MIM PEROLEH A PENUH SPM 2023

OLEH LATIFAH HASHIM

IPOH, 29 MEI - Siapa sangka kejayaan milik dua pelajar Maahad Imtiyaz, Ulu Kuang Perak . Itulah yang dapat dilihat dengan keputusan cemerlang A penuh yang diperolehi oleh Abdul Aliff dan FatihahΒ 

dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Abdul Aliff berkongsi tip yang diamalkannya sepanjang belajar di Maahad Imtiyaz.

Menurutnya kita hendaklah sentiasa kembali kepada Allah atas setiap apa yang kita lakukan sebab ada ayat dalam Al-Quran iaitu surah al-Baqarah yang berbunyi :

"...Dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan".

"Allah jualah yang beri saya semangat, kepandaian dan segala nikmat dan Dia juga berhak menarik balik semua itu, sebagai tanda kita menghargai dan bersyukur,

kita berbuat demikian supaya usaha-usaha yang dilakukan tidak semata-mata kerana materialistik dan individualistik" katanya pada hari ini.

Abdul Aliff yang merupakan pelajar Maahad ImtiyazΒ sejak Tingkatan 1 juga telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran dan bergelar al-Hafiz.

Anak sulung daripada 4 beradik ini bercita-cita untuk menyambung pengajian di bumi Madinah dan kini sedang mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Imtiyaz.

Β 

SementaraΒ itu, Fatihah turut berkongsikan amalan yang dilakukannya semasa belajar iaitu fokus dalam kelas, sampai faham topik yang cikgu ajar. Terus tanya guru jika tidak faham.

Anak ketujuh daripada lapan beradik ini juga berpesan banyakkan selawat, jaga hubungan dengan Allah dan jangan tinggal Al-Quran.

"Jaga hubungan dengan manusia, terutamanya ibu ayah dan guru-guru." katanya yang bercita-cita menyambung pengajian dalam bidangΒ sains sosial atau kewangan.

Β 

Secara keseluruhan Maahad Imtiyaz mencapai peningkatan GPS sebanyak 0.23 berbanding tahun lepas.

Β 

Β 

LAGI

SRIM TERUS MENGUKIR NAMA

IPOH, 25 Mei - Sekolah Rendah Imtiyaz(SRIM) terus mengukir kejayaan dengan menjadi juara acara nasyid dalamΒ Pertandingan Ihtifal Kafa Ipoh Zon 4.

Kumpulan nasyid SRIM telah dibimbing oleh Muallimah Muhammad Usamah bin Zolkifli.Β 

Kejayaan turut diukir dalam acara Bercerita kategori perempuan yang telah dinobatkan sebagaiΒ Johan dalam acara tersebut.Β 

Acara lain yang turut mendapat tempat ialahΒ Naib Johan Khat kategori lelaki dan Ketiga acara Khat kategori perempuan.

Tahniah diucapkan.

Β 

Β 

Gambar boleh diakses di Facebook Rasmi Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM)

LAGI

TAHNIAH, PELAJAR SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG UPKK 2023

Alhamdulillah,  seramai 13 orang calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 Sekolah Rendah Imtiyaz memperoleh 8 A dengan purata keseluruhan pelajar lulus. Tahniah, Pelajar Sekolah Rendah Imtiyaz Peroleh Keputusan Cemerlang UPKK 2023

LAGI

Image News

Image Banner